Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Thursday, June 22, 2023

Lencana kegemaran - PKK



 Setelah lulus lencana keris gangsa, PKK boleh meneruskan untuk mendapak kan DUA (2) lencana dari kategori lencana kegemaran mengikut minat atau kesukaan dalam aktiviti lencana tersebut.

Terdapat 6 kategori lencana kegemaran PKK hanya perlu memilih dua sahaja daripada 6 kategori yang di tawarkan. Pilihah berdasarkan minat dan kesukaan masing-masing.

Wednesday, June 21, 2023

skim lencana Keris Gangsa - PKK



Lencana ini merupakan lencana kemajuan yang di berikan setelah Pengakap kanak-kanak (PKK) melengkapkan ujian keahlian dan juga lencana wajib. Ujian bagi lencana keris gangsa PKK di kehendaki melengkapkan siri ujuan yang mencakupi ujian bahagian kesetiaan, bahagian kesihatan dan keselamatan, bahagian kecekapan,bahagian penyertaan dan bahagian perkhidmatan.

Setelah itu barulah PKK layak untuk memakai lencana pada lengan sebelah kanan pada pakaian seragam pengakap mereka sebagai penghargaan atas usaha mereka.

Thursday, June 1, 2023

 

Selain dari lencana ahli berbasikal, ahli PKK boleh milih lencana ahli enang sebargai salah satu pilihan untuk ujian lencana wajib untuk di ambil sebagai syarat sebelum ke pringkat selanjutnya dalam silibus skim latihan pengakap kanak-kanak selepas lulus dalam ujian lencana keahlian.

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapungkan diri atau menimbulkan diri (mushroom float)

Tuesday, May 30, 2023

Skim latihan Pengakap kanak-kanak Lencana wajib Berbasikal



Sebelum sah menjadi ahli pengakap berdaftar seseorang wajib menjalani satu ujian yang di kenali sebagai ujian lencana keahlian. Bukan sahaja ahli Pengakap kanak-kanak (PKK)tetapi bagi ahli pengakap muda atau remaja sebelum menjalani uhian bagi lencana usaha, maju atau jaya juga wajib untuk lulus terlebih dahulu ujian lencana keahlian.

Begitu juga dengan PKK sebelum ke ujian lencana keris gangsa, perak atau emas maka wajib untuk lulus ujian lencana keahlian dan mengambil salah satu ujian lencana wajib iaitu berbasikal atau lencana ahli renang.

Rujuk ujian lencana keahlian disini

Sunday, May 21, 2023

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI


 

Sebagai seorang ahli pengakap aktiviti hutan memanglah tidak dapat dipisahkan dalam senarai aktiviti pengakapt. Untuk itu penting bagi setiap ahli pengakap berusaha melengkapkan diri dengan ilmu hutan sebagai persediaan. Para pemimpin juga perlu mengajar ahli-ahli pengakap di bawahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...