Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Wednesday, June 21, 2023

skim lencana Keris Gangsa - PKK



Lencana ini merupakan lencana kemajuan yang di berikan setelah Pengakap kanak-kanak (PKK) melengkapkan ujian keahlian dan juga lencana wajib. Ujian bagi lencana keris gangsa PKK di kehendaki melengkapkan siri ujuan yang mencakupi ujian bahagian kesetiaan, bahagian kesihatan dan keselamatan, bahagian kecekapan,bahagian penyertaan dan bahagian perkhidmatan.

Setelah itu barulah PKK layak untuk memakai lencana pada lengan sebelah kanan pada pakaian seragam pengakap mereka sebagai penghargaan atas usaha mereka.

SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK - UJIAN LENCANA KERIS GANGSA

Kesetian

  1. Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.
  2. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada.
  3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia
  4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya.
  5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 

B. Kesihatan Dan Keselamatan

  1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. 
  2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal.
  3. Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam.
  4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
  5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.
  6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain

C. Kecekapan

  1. Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 
  2. Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter).
  3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain.
  4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan nenjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri.
  5. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini”, “iangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'.
  6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya.

D. Penyertaan

  1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya.
  2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
  3. Menjalankan SATU daripada aktiviti  berikut; mengambil  bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.

E. Perkhidmatan

  1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu  dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
  2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log

Isi kandung buku log
  1. Maklumat diri
  2. Ahli 6 sekawan
  3. Lirik lagu Negaraku
  4. Lukisan Jalur Gemilang dan bendera negeri
  5. Lukisan lambang pengakap Malaysia dan pengakap sedunia
  6. Nama guru besar, pemimpin dan penolong pemimpin
  7. Gambar rumah-rumah ibadat di Malaysia
  8. Kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan bahaya menerima gula-gula atau apa sahaja makanan dan minuman dari orang-orang yang tidak dikenali dan bahaya menelan sebarang pil tanpa arahan doktor.
  9. Bahaya bermain dengan alatan tanjam atau alatan yang mengandungi bahan letupan.
  10. Bagaimana untuk mendapatkan pertolongan bagi kes-kes kecemasan.
  11. Undang-undang lalu lintas.
  12. Gambar anda sedang menjalankan latihan asas kawad kaki.
  13. Gambar anda sedang memanjat tali.
  14. Gambar peraturan pemakaian lencana Pengakap pada pakaian seragam.
  15. Gambar isyarat-isyarat Pengakap.
  16. Ikatan buku sila dengan menggunkan tali dengan menunjukkan cara-cara membuat ikatan berserta kegunaan ikatan tersebut.
  17. Kepilkan salinan rekod buku nilam sebagai bukti anda telah membaca 3 buah buku.
  18. Gambar anda sedang mencipta rekaan mainan sendiri dari bahan terbuang.
  19. Gambar anda sedang menjalankan pertunjukan pentas seperti menyanyi, menari, berlakon  deklamasi sajak dan sebagainya.
  20. Gambar anda  sedang membersihkan rumah.
  21. Gambar anda sedang membantu guru sedang menceriakan sekolah.
  22. Jika menggunakan video hendaklah di sertakan URL atau link video yang telah di upload pada youtube dan boleh di akses ketika ujian.
  23. Setelah lulu, lekatkan salinan sijil lencan pada buku log. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...