Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Tuesday, May 30, 2023

Skim latihan Pengakap kanak-kanak Lencana wajib Berbasikal



Sebelum sah menjadi ahli pengakap berdaftar seseorang wajib menjalani satu ujian yang di kenali sebagai ujian lencana keahlian. Bukan sahaja ahli Pengakap kanak-kanak (PKK)tetapi bagi ahli pengakap muda atau remaja sebelum menjalani uhian bagi lencana usaha, maju atau jaya juga wajib untuk lulus terlebih dahulu ujian lencana keahlian.

Begitu juga dengan PKK sebelum ke ujian lencana keris gangsa, perak atau emas maka wajib untuk lulus ujian lencana keahlian dan mengambil salah satu ujian lencana wajib iaitu berbasikal atau lencana ahli renang.

Rujuk ujian lencana keahlian disini

LENCANA BERBASIKAL.



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

1.      1.    Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal

              


2.      2.    Mengetahul dan menyatakan 10 perkara kepada Penilai peraturan semasa menunggang Basikal.                               


3.      3.    Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal



4.      4.    Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.



               4.1    Menggunakan basikal yang tidak sempurna.

                4.2    Tidak memberi isyarat dengan jelas    

                4.3    Membawa penumpang atau barang yang berat.

                4.4    Mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat.

                4.5    Menunggang secara beriringan.

                4.6    Membawa haiwan semasa menunggang

                4.7    Bergurau atau bercakap

                4.8    Memotong dan melintasi kenderaan lain

                4.9    Menunggang basikal yang tidak sesuai

                4.10   Pemegang dan tempat duduk yang tidak selaras dengan penunggan

5.      5.    Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.

                5.1    Menunjukkan cara menukar dan menampal tayaryang bocor.

                5.2    Menunjukkan cara membaiki sistem brek basikal

                5.3    Menunjukkan cara menjaga kebersihan basikal

        6.    Bahagian-bahagian basikal



 Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...