Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Monday, March 25, 2019

Lencana Keahlian


Untuk lulus lencana Keahlian, ahli pengakap perlulah lulus ujian berikut :




1. Peraturan Pakaian Seragam Pengakap



2. Perinsip Rukun Negara :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


3. Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia



4. Persetian dan Undang-undang Pengakap

5. Hormat Pengakap dan cogan kata Pengakap
 


  • Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
  • Pengakap Muda - Selalu Sedia
  • Pengakap Remaja - Pandang Luas
  • Pengakap Kelana - Berkhidmat
6. Sejarah Pengakap Malaysia dan Sejarah Pengasas Pengakap
  • Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”.

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

1913 – Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
1915 – Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
1915 – Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).
1922 – Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
1926 – Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
1926 – Melaka, oleh R. Brunstone
1926 – Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
1926 – Selangor, oleh Ameen Akbar
1927 – Terengganu, oleh A.J. Gracle
1927 – Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
1928 – Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).
1931 – Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

                                            • Sejarah Pengasas Pengakap
                                            Robert Stephenson Smyth Baden
                                            (1857 - 1941)

                                            Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden - Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden - Powell, iaitu seorang mahaguru di Universiti Oxford. Ibunya ialah seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.

                                            Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

                                            BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan detempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

                                            BP menanam semangat taat kepada tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak ditangdingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya.Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah aduanan teratut bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

                                            Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya, Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman, dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh salji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

                                            Buku Scouting For Boys dijadikan kitab untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.

                                            Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron' dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha menwujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

                                            Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah:

                                            TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU

                                            7. Simpulan dan ikatan
                                            • Buku Sila 
                                            • Bunga Geti

                                            • Simpul Manuk
                                            • Tindih Kasih
                                            • Lilit Dua Simpul
                                            • Lilit Pemati Biasa

                                            No comments:

                                            Post a Comment

                                            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...