Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Sunday, May 21, 2023

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI


 

Sebagai seorang ahli pengakap aktiviti hutan memanglah tidak dapat dipisahkan dalam senarai aktiviti pengakapt. Untuk itu penting bagi setiap ahli pengakap berusaha melengkapkan diri dengan ilmu hutan sebagai persediaan. Para pemimpin juga perlu mengajar ahli-ahli pengakap di bawahnya.

lumut tai kera
1.     Kita jalan diwaktu malam, terutama di kawasan hutan padat berdekatan dengan air terjun atau sungai bila berjalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau seperti benda yang bercahaya. Benda yang bercahaya tu ialah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), jadi kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

ular tedung
 2.     Kalau terserempak dengan ular tedung semasa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut kekal diam dan undur balik perlahan-lahan. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya ular tedung akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah-acah supaya kepala ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan.

kera
 3.     Jika terserempak dengan kera atau lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, lagi pun kera lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting)

 4.    Kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..Pasti ada harimau. Untuk menghalau harimau, letupkan satu mercun bola la.

beruang madu

 5.    Hutan paya di Malaysia banyak beruang madu (beruan yang bersaiz kecil, dengan dada warna jingga), jika terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari.

fenomena kepala air

 6.    Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah terlalu berhampiran tepi air, buatlah di kawasan yang tinggi dan mempunyai pokok yang besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih-buih putih kat tempat tak berbuih (kalau di tempat air jatuh sudah pasti ada buih) maksud saya di tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih-buih halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan kita akan dapat dengar.

 7.     Jika hendak memasak air. Jangan ambil air di kawasan tepi sungai, ambillah di kawasan tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Ini di sebabkan tikus, rusa, kancil, babi biasanya kencing di kawasan tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. jadi ambil yang tengah-tengah sungai.

 8.    Kehadiran binatang besar atau bahaya. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu.

 10.    Sisa makanan yang dimasak seperti ikan bakar da lain-lain. Semasa berada di hutan, makanan mesti di makan sampai habis dan sisanya hendaklah di hanyutkan atau ditanam sebabnya bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang.

11.    Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Usahakan bila berada di hutan, selesaikan semua urusan seperti memasak, mandi, membasuh dan lain-lain sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.

 12.    Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. Oleh itu ssentiasalah peka dengan keadaan sekeliling.

 Ilmu hutan ini saya kutip dari pelbagai sumber ada dari pengalaman pemancing dan pengalaman saya sendiri. Ada juga dari tentera yang berkongsi pengalaman dan juga orang-orang yang hidupnya berkerja dihutan. semua saya rangkumkan di sini. sebenarnya banyak lagi tentang hutang yang kita belm tahu seperti ilmu ikhtiar hidup dan sebagainya. Di lain artikel kita bahaskan lagi.Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...