Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya.
Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran.
Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri.
2. Melukis bendera semua negeri Malysia.
3. Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah.
4. Undang-undang Pengakap.
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan.
- Masuk Baris
Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
Semua ahli pengakap masuk baris.
- 2) Sedia
Berdiri tegak.
Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.
- Senang Diri
Bukakan kaki kiri ke kiri.
Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
- Rehatkan Diri
Seperti senang diri.
Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
- Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
- Betulkan kedudukan.
- Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.
- Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
- Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
- Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
- Tutup barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Paras
- paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# dari kiri nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
- Keluar Baris
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
- Bersurai
- Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.
Nota :
* Sila dapatkan panduan dari jurulatih kawad bagi mengelakkan kesalahan dalam pergerakan dan juga arahan kawad.
* Untuk tahap Lencana Maju seseorang ahli Pengakap seharusnya sudah boleh berkawad kerana ujian asas perbarisan juga di uji pada skim lencana Usaha. Pada tahap ini ahli Pengakap akan diuji untuk memberi arahan kawad atau sebagai juru kawad2. Kawat tongkat.
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera.
Nota : Sila berhubung dengan bahagian Latihan Daerah untuk mendapatkan cara terbaharu berkaitan dengan instiadat menaikan dan menurunkan bendera.
4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter.
- Memanjat tali
- Memanjat pokok
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji.
KAPAK
MENJAGA KAPAK
- Mata kapak hendaklah selalu tajam.
- Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
- Jangan letak kapak di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
- Jangan jadikan kapak seperti alat permainan. Kapak boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.
MENGASAH KAPAK
- Menggunakan Batu Asah
Terdapat berjenis-jenis batu asah di psaran. Pastikan standard grit yang betul kerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Kebiasaanya terdapat 3 jenis batu asah yang boleh digunakan bergantung tahap ketumpulan kapak
a. Untuk asah kasar/canai (rough grind)
b. Untuk menajamkan (to sharpen)
c. Untuk mengilap (hone)
MENYIMPAN KAPAK
Cara yang paling selamat untuk mengelakkan kapak daripada mencederakan adalah seperti berikut:
- Menyimpannya di sarung khas yang telah disediakan. Sarung mata ini biasanya diperbuat daripada kulit dan ia selamat.
- Memakukkan mata kapak pada tunggul kayu atau batang kayu.
GERGAJI
Pastikan memilih gergaji yang sesuai untuk melakukan setiap pekerjaan bagi mengelakkan dari gergaji cepat tumpul atau mata gergaji patah.
Fungsi Kerja Gergaji
- Untuk memotong kayu - mata gergaji kasar, jarak antara mata renggang dan besar
- Paip
- Besi - mata gergaji lebih halus, jarak mata gergaji lebih rapat.
- Papan, lengkukan, lengkungan - gergaji U. Mata gergaji (blade) jenis ini berbentuk kecil, tipis, dan tajam. Mata gergajinya pun dapat diganti jika sudah tumpul atau patah.
Kegunaan Gergaji
- Memotong kayu disebut handsaw.
- Membelah dan memotong kayu.
Baik Pulih Mata Gergaji
- Di asah menggunakan alat khas yang disebut Kikir
- Di tukar mata - jika patah, bengkok atau tumpul.
JENIS GERGAJI
- Jenis crosscut saw digunakan untuk memotong kayu secara melintang. Gergaji ini mempunyai gigi penyeimbang yang lebih kecil. Gergaji jenis crosscut sangat baik digunakan untuk berbagai pekerjaan.
- Gergaji jenis backsaw yang berukuran kecil sangat tepat untuk membuat potongan, seperti membuat sambungan bingkai foto atau almari.
- General purpose saw yang paling banyak digunakan. Gergaji ini dapat memotong kayu searah atau melintang dari seratnya.
- Keyhole saw, gergaji khusus berukuran kecil untuk memotong di bahagian-bahagian sempit.
- Hacksaw adalah gergaji khusus pemotong logam, untuk memotong plastik atau paip keras. Mata gergajinya halus dan jarak mata gergajinya pun rapat. Bahannya terbuat dari besi baja dan carbon steel. Jika mata gergaji telah tumpul, tidak dapat dikikir dan harus diganti.
Tips Merawat Gergaji
- Jangan simpan di dalam kotak perkakas, kerana akan merosak mata gergaji. Penempatan gergaji adalah digantung di dinding.
- Mata gergaji diberi pelindung dari plastik atau bahan lain.
- Untuk menjaga ketajaman mata gergaji saat digunakan, hindari menggergaji besi atau batu (umumnya terjadi secara tidak sengaja). Untuk itu, singkirkan paku dari kayu sebelum menggergajinya.
- Untuk mencegah karat, gosok mata gergaji dengan lilin atau sapukan cairan antikarat. Boleh juga menggunakan minyak yang sesuai.
2. Teknik menggunakan kapak.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
KAWASAN SEKELILING
Sebelum menebang pokok, bersihkan kawasan sekeliling seperti tumbuhan-tumbuhan memanjat, menjalar dan yang berjuntaian. Pastikan tiada halangan termasuk pemerhati dalam lingkungan jarak 4 meter dari kawasan menebang. Pastikan semua selamat termasuk laluan anda bergerak ketika pokok mula tumbang. Pastikan juga rakan-rakan ada berada di kawasan yang selamat dan jauh dari kawasan pokok tumbang serta beritahu rakan-rakan anda bahawa anda sedang menebang pokok.
ARAH JATUHAN POKOK
Tentukan terlebih dahulu kemana arah pokok akan tumbang. Pastikan kawasan tersebut selamat bagi mengelakkan kecederaan pada diri sendiri, orang sekeliling dan harta benda beharga. Mulakan mengapak di ketinggian 0.5 meter dari aras tanah di bahagian pokok akan tumbang dengan membuat bentuk "V" atau 45º takukan sehingga pertengaha batang pokok.
TUKAR KEDUDUKAN SELAMAT
Beralih lokasi takukan 90º dari arah tumbangan pokok apabila takukan arah pokok tumbang sampai ke tengah batang pokok. Balas takukan bentuk "V" atau 45º di atas sedikit dari takukan asal. Lakukan sehingga ada tanda-tanda pokok mahu tumbang.
KAWASAN TENDANGAN
Jagan berdiri di belakang pokok jika sudah ada tanda-tanda pokok akan tumbang, jerit "POKOK TUMBANG" dan jauhkan diri dari kawasan bekerja kerana dikhuatiri pokok akan terkoyak atau terkopak menyebabkan kawasan takukan tidak putus.
- Tindih Kasih Ganda (Double Bowline)
- Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
- Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
- Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
- Lilit Pemati Selit (Lilit Pemati Selit)
- Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
- Sambat Balik (Back Splice)
- Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing)
4. Memasak masakan rimba.
- Menghidupkan api.
PERSEDIAAN
- Susun kayu yang lebih kecil seperti ranting-ranting di bahagian bawah bagi memudahkan pembakaran. Jika keadaan tanah yang lemban bolehlah menyusun kayu dibahagian bawah bagi memudahkan pembakaran ini kerana kelembapan tanah dapat menghalang kelancaran proses pembakaran. Selepas itu bolehlah kayu yang lebih besar disusun di sebelah atas.
- Letakkan umpan bakar dibahagian tengah bagi membantu api cepat marak. Umpan biasanya terdiri dari daun-daun kayu atau ranting yang cukup kering yang mudah terbakar.
- Apabila api sudah mula menyala bolehlah ditambah kapasiti kayu yang lebih besar. Kayu yang terbenan dalam tanah tidak sesuai untuk dijadikan bahan bakar. Pastikan susunan kayu tidak terlalu padat kerana ia boleh menghalang pengaliran udara. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.
- Roti Lilit.
Ahli Pengakap juga dikehendaki memasak ikan sebagai salah satu menu
5. Model projek perintis.
Beberapa contoh model projek perintis
6. Kajian 1 perkara berikut : -
- Burung, binatang dan pokok tempatan.
- Lawatan bangunan / kawasan penting.
- Kawasan tempatan.
- Burung, binatang dan pokok tempatan.
- Lawatan bangunan / kawasan penting.
- Kawasan tempatan.
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam.
8. Langkah keselamatan berenang.
Keselamatan di dalam air adalah berkaitan dengan memberi kefahaman tentang ancaman atau bahaya yang boleh berlaku ketika di dalam atau berhampiran dengan kawasan air di mana sebahagian besar daripadanya boleh diajar bermula dari rumah.
Sehubungan dengan itu, latihan mengenai aspek-aspek keselamatan boleh di ajar sebelum lawatan atau latihan ke kolam renang bagi memastikan setiap ahli pengakap tahu apa yang perlu dilakukan ketika dalam situasi kecemasan.
Peralatan bantu renang seperti pelampung dan sebagainya wajib ada walaupun ahli Pengakap tersebut pandai berenang
Disamping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air.
CARA-CARA BERENANG
PERATURAN KESELAMATAN DI DALAM AIR
- Pastikan ada orang dewasa atau jurulatih yang sentiasa memantau aktiviti air.
- Jangan panik jika berlaku kecemasan. Pusing badan sehingga dalam posisi terlentang dan lambaikan tangan pada orang disekeliling anda untuk menarik perhatian dan meminta pertolongan.
- Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
- Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.
- Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang.
- Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing.
TEKNIK ASAS DI DALAM AIR
- Apungan
- Apungan lentang
- Apungan meniarap
- Apungan campang(sculling)
- Kuak dan pernafasan
- Gaya bebas
- Kuak lentang asas
- Kuak gaya bebas
- Tendang gunting
- Gaya sisi
Nota : Dapatkan jurulatih bertauliah sebelum sebarang aktiviti air dijalankan
Setiap ahli Pengakap perlu mengetahui setiap langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menjalankan aktiviti luar. Segala arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa perlulah dipatuhi.
Langkah keselamatan ini juga meliputi peranan semua pihak sama ada dari kalangan murid, pemimpin dan juga ibu bapa. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.
Jenis aktiviti dan juga kawasan aktiviti juga perlu pemerhatian yang teliti bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin. Sebagai contoh untuk aktiviti perkhemahan, kawasan perkhemahan perlulah dipastikan selamat oleh pemimpin dan jurulatih, manakala ibu bapa berperanan menyediakan peralatan yang selamat digunakan dan para murid wajib mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pemimpin.
10. Melakukan 2 perkara berikut : -
- Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah.
- Keperluan berkhemah.
- Memasak untuk 2 orang.
D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bereng.
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta.
3. Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log.
4. Ikhtiar hidup.
E. Perkhidmatan
1. Balutan- kepala, lutut dan lengan.
2. Tindakan kecemasa.
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan.
4. Khidmat sukarela.
No comments:
Post a Comment