Setelah lulus lencana keris gangsa, PKK boleh meneruskan untuk mendapak kan DUA (2) lencana dari kategori lencana kegemaran mengikut minat atau kesukaan dalam aktiviti lencana tersebut.
Terdapat 6 kategori lencana kegemaran PKK hanya perlu memilih dua sahaja daripada 6 kategori yang di tawarkan. Pilihah berdasarkan minat dan kesukaan masing-masing.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya.
Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya).
Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah:
- Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza.
- Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu).
- Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).
- Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).
- Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).
- Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).
- Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).
- Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.
- Lain-lain hobi yang sesuai.
4.2. Ahli Kraftangan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel,
penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.
- Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU
- Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU
- Membuat rekaan dari kertas
- Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain.
- Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowoli”.
- Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.
4.3. Peladang Kecil
Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul.
Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut:
- Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan.
- Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.
- Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.
- Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain.
- Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri.
- Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur.
- (a) Memelihara / membela dengan jayaПya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.
ATAU
(b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.
- Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.
- Tunjukan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendir.
- Musuh tanaman dan pembajan yang sesuai;
- Kesuburan tanah;
- Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas.
- Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu.
- Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hinga mendatangkan daun atau buah.
- Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:-
- Pemeliharan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara.
- Pemeliharaan binatang belan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.
4.4. Pelukis
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.
Pilih EMPAT (4) sahaja.
- Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak.
Buat SATU watak.
Watak | Marga | Perwatakan |
Akela Bagheera Baloo Adek Kelabu Mowgli Mysa Shere Khan Banderlog Buldeo Jakala Sahi Hathi Kaa Tabuqui Messua White Hood | Serigala Tungal Harimau Kumbang Beruang Anak Serigala Budak Lelaki Seladang Harimau Belang Monyet Pemburu Buaya Landak Gajah Ular Sawa Rubah Wanita Ular Senduk | Pemimpin bijaksana Jurulath mahir Guru Undang-Undang Keluarga Angkat Kawan Marga Pendengar baik Pembuli Pembohong Samseng Pura-pura Penulis Tokoh Hormat Pemanjat Pengampu Ibu Angkat Penjaga |
- Melukis pelangi dengan warnanya Serta menamakan tiap-iap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel).
- Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren,bi kundang. biru tua, hijau tua dll.
- Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm.
- Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima porayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kismas dan Hari Wesak.
- Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:-
- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
- Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj. topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.
- Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan,ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar.
- Menunjukan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis.
4.5. Pembaca Buku
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan.
Pih EMPAT (4) sahaja.
- Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut :
- Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah.
- Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana.
- Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik).
- Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden.
- Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda.
- Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan.
- Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan.
- Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkatan
- Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa.
- Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari.
- Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.
4.6. Penghibur
Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan.
Pilih LIMA (5) sahaja.
- Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :-
- Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan patun
- Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing
- Lagu Tarían Asli.
- Lagu Pengakap.
- Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu.
- Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапак-kanak.
- Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra.
- Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset.
- Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan.
- Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai
No comments:
Post a Comment