Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Thursday, June 1, 2023

 

Selain dari lencana ahli berbasikal, ahli PKK boleh milih lencana ahli enang sebargai salah satu pilihan untuk ujian lencana wajib untuk di ambil sebagai syarat sebelum ke pringkat selanjutnya dalam silibus skim latihan pengakap kanak-kanak selepas lulus dalam ujian lencana keahlian.

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapungkan diri atau menimbulkan diri (mushroom float)

1.   1.       Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)

1.1       Pastikan air bersih

Pemimpin atau guru perlu memastikan air yang digunakan untuk aktiviti air adalah bersih, tidak keruh, dijauhi daripada najis binatang, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh ahli pengakap kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jejentik yang boleh menjejaskan kesihatan pengakap kanak-kanak

1.2       Pakaian yang sesuai

Pemimpin atau guru perlu memastikan pakaian mandi yang sesuai dan selesa dipakai oleh ahli pengakap kanak-kanak semasa dalam air. Jauhi pakaian yang boleh menyekat pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko kemalangan.

1.3       Peralatan yang selamat

Peralatan yang digunakan perlulah bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak seperti pelampung, goggle, gayung dan apa sahaja yang boleh digunakan, disesuaikan dan dimanfaatkan dalam aktiviti air! Ini bagi memastikan kanak-kanak dapat meneroka segala bahan dan peralatan air yang selamat dalam persekitaran yang selamat

1.4     Kedalaman air yang bersesuaian

Kedalaman air yang digunakan untuk aktiviti air perlulah cetek dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Ingat… membiarkan kanak-kanak mandi di kolam renang yang mempunyai kedalaman air yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan risiko lemas.

1.5     Pemantauan orang dewasa

Ibu bapa, guru pemimpin ataupun jurulatih yang bertauliah bertanggungjawab memantau aktiviti kanak-kanak semasa air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan guru ataupun pemimpin kerana ‘malang tidak berbau’. Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa berada dalam air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini

2.  2.    Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU

3.  3.    Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori).

4.  4.    Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori)..

5.      5.    Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang).

6.     6.     Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama.

7.     7.    Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...