Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Monday, March 25, 2019

Lencana Usaha

LENCANA USAHA

Setelah lulus ujian lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap boleh mengambil ujian Lencana Usaha bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepengakapan.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 



A. CITA-CITA PENGAKAP

1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing

2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing

3. Menaikkan bendera

4. Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap


B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Asas perbarisan

  • Masuk Baris

Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
Semua ahli pengakap masuk baris.

  • 2)      Sedia
Image result for asas perbarisan pengakap
Berdiri tegak.
Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.

  • Senang Diri

Bukakan kaki kiri ke kiri.
Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

  • Rehatkan Diri

Seperti senang diri.
Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

  • Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.

- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan,            angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan        dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan      memandang ke arah kanan.
- Betulkan kedudukan.
- Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang      lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.

  •  Ke kanan/ kiri Pusing


- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.

  • Kebelakang pusing

- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

  • Buka Barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

  • Tutup barisan

- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
  • Paras

- paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# dari kiri nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
   kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

  • Keluar Baris
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu      akhirnya pecah.

  • Bersurai
- Sama seperti keluar baris.
- Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

Nota : Sila dapatkan panduan dari jurulatih kawad bagi mengelakkan kesalahan dalam pergerakan dan juga arahan kawad.

2. Kawat tongkat


3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap

Isyarat tangan digunakan untuk memberi hukuman menggantikan suara atau arahan lisan.

1. SATU BARISAN PANJANG

2. BUKA BARISAN


3. TUTUP BARISAN



4. LADAM KUDA


5. SEDIA


6. SENANG DIRI


7. REHATKAN DIRI


8. PATROL BERBARIS MEMANJANG DI HADAPAN PEMIMPIN


9. BERSURAI

4. Halangan komando

Ada berbagai jenis halangan komando yang boleh dilakukan. Halangan komando adalah bertujuan untuk menguji kekuatan fizikal, mental, kerjasama dan juga kepimpinan seseorang Pengakap.
  • BERGAYUT MONYET


  • TITI GOYANG

  • MERANGKAK ATAS TALI

  • MELALUI TITI KOMANDO

  • MEMANJAT POKOK

  • MEMANJAT TEMBOK

  • MEMANJAT TALI

  • BERGAYUT TALI

  • MEMANJAT TANGGA TALI

  • MEMANJAT JARING

  • BERJALAN ATAS TUNGGUL KAYU

  • HALANGAN TAYAR YANG DIGANTUG

  • HALANGAN TAYAR DI ATAS TANAH

  • MERANGKAK BAWAH JARING

  • BERGAYUT MONYET

  • MERANGKAK DALAM TEROWONG



5. Melipat dan mengibarkan bendera

TATACARA MELIPAT BENDERA
  • 2 orang  petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
  • Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
  • Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
  • Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.
  • Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.


TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

Image result for melipat dan mengibarkan bendera
  • Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.
  • Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
  • Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.
  • Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
  • Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
  • Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
  • Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.
  • Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
  • Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
  • Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
  • Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
  • Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberi arahan keluar baris. 
C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP

1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang

KEGUNAAN PISAU:
  • Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.
  • Meraut (rotan,buluh,kayu kecil dan lain-lain)


CARA MEMBERSIHKAN PISAU:
  • Basuh dan lap pisau selepas digunakan.
  • Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak berkarat.


CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU:
  • Mata pisau hendaklah selalu tajam.
  • Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
  • Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
  • Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan cedera dan kematian.


2. Simpula & ikatan : -

  • Simpul Himpit (Fisherman's Knot)

Image result for simpul himpit
  • Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)

Image result for simpul pulih
  • Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)

Image result for bunga geti berganda
  • Lilit Balak (Timber Hitch)

Image result for lilit balak
  • Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)

Image result for taut line hitch
  • Ikat Seraya (Square Lashing)

Image result for ikatan seraya
  • Ikat Serong (Diagonal Lashing)

Image result for ikatan serong

3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya

4. Memilih tapak perkhemahan

TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN
  • Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.
  • Terdapat sumber/punca air berhampiran.
  • Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.
  • Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
  • Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
  • Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
  • Jika berkhemah bersama berkeluarga carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.
  • Jangan berkhemah di kawasan denai binatang bagi mengelakkan resiko rempuhan binatang.

ELAKKAN DARI TEMPAT BERIKUT
  • Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
  • Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
  • Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
  • Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
  • Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)
  • Di bawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
  • Di bawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
  • Di bawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
  • Di atas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
  • Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)
  • Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)
  • Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)


5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
  • Pakaian Seragam Pengakap
  • Pakaian sukan dan untuk bekerja (T-shirt, seluar, seluar dalam, dll.)
  • Tikar
  • Peralatan ibadat
  • Pisau kecil, parang, dll.
  • Lampu picit
  • Peralatan makan (pinggan, sudu, dll.)
  • Keperluan peribadi (sabun, bedak dll)
  • Bekalan Makanan yang cukup.
  • Bantal, kain selimut
  • Duit yang secukupnya (tidak membawa duit yang terlalu banyak)
  • Alat tulis
  • Lain-lain keperluan jika perlu.

6. Alatan pertolongan cemas peribadi

7. Menghidupkan api

PERSEDIAAN
  • Guna ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran
  • Kayu yang baru dipotong atau  yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. 
  • Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.
  • Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.
MENYALAKAN API
  • Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api. Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.
  • Bahan-bahan untuk memulakan api:
          = Daun kering
          = Ranting
          = Kayu kering yang besar
          = Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut
  • Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.
MEMADAMKAN API
  • Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air. 
  • Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga mampat. Letakkan semula rumput yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air supaya rumput itu dapat hidup semula.
PERINGATAN
  • Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja yang basah, melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya basah, belahlah kayu tersebut kemudian ambillah bahagian dalamnya.
  • Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu tersebut kering perlahan-lahan
  • Persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup oksigen membantu pembakaran. sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak cukup kering. Carilah kayu yang ringan dan kering.

8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam

9. Arah mata angin dan mengenali peta topo

Image result for arah mata angin

DEFINASI PETA TOPO
  • Suatu unjuran grafik permukaan bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-unsur yang terdapat, termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.

TUJUAN
  • Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
  • Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.
  • Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.

PENGENALAN MENGENAI PETA TOPO
  • Peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai berbagai-bagai maklumat.
  • Peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut.
  • Maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
          a. Rupa bumi dari garis kontur
          b. Bentuk saliran
          c. Tumbuhan semulajadi
          d. Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
          e. Bentuk petempatan
          f. Bentuk perhubungan
  • Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir. 

MAKLUMAT DI LUAR GARISAN PETA
  • Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.
  • Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan cetakan.
  • Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.
  • Garisan sukatan atau skala. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.
  • Nama pencetak dan tarikh cetakan.
  • Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.
  • Petunjuk peta.
  • Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan disegi perubahan megnetik diberi disini.
  • Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.

KETEPATAN PETA
  • Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya disemak.
          a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.
          b) Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain.
          c) Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.
          d) Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan manusia atau                      hakisan.


PANDUAN GRID


GARISAN TIMURAN DAN GARISAN UTARAAN
  • Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai garisan grid.
  • Garisan grid di bawah peta disebut garisan timuran dan garisan grid di tepi kiri peta disebut garisan utaraan.

garis timuran

garis utaraan

  • Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan grid (PG) atau rujukan grid (RG).
  • Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.

PANDUAN GRID EMPAT ANGKA DAN ENAM ANGKA
  • Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.
  • Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.

  • Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta topo.
  • Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.

Kedudukan titik di atas peta
1. Masjid : 026 009
2. Klinik : 049 018
(Angka ke 3 dibuat secara anggaran)

SKALA DAN JARAK

Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan tanah. Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus, skala penyata dan skala pecahan pengimbang.
  • Skala lurus adalah satu garisan yang lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama.

  • Skala penyata adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan. 1 cm mewakili 5 km
  • Skala pecahan pengimbang adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah. 1 : 100 000

UKURAN JARAK

MENGGUNAKAN BENANG
  • Selalunya seutas benang yang disertakan bersama jangka sudut boleh digunakan untuk mengukur di atas peta. Ini adalah cara yang baik dan pantas jika dibuat dengan cara yang betul.

JARAK ANTARA DUA GARISAN GRID
  • Sekiranya anda mengetahui skala sesuatu peta maka adalah mudah untuk mengukur jarak antara dua titik dalam sentimeter dan menukarkan kepada jarak sebenar di atas tanah. Setiap garisan grid di antara satu sama lain adalah satu kilometer manakala jarak melintang dalam satu petak anggaran 1 ½ km.

KONTOR
  • Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama .
  • Menunjukkan ketinggian dengan tepat
  • Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat.
  • Garisan kontur berwarna coklat.
  • Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi 

  • Garisan Kontur dan CerunJarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun.

          a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
          b. cerun landai - garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
          c. Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
          d. Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
          e. Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
          f. Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang
  • Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas.

          a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
          b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah rendah.      
          c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong.
          d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat
          e. lurah - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi.
          f. genting dan pelana – garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi bagi pelana                 tidak ada sungai mengalir turun darinya.

CARA MENJAGA PETA
  • Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama sekali di dalam perjalanan. Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad. Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, lumpur dan terkoyak.
  • Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak.
  • Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh dipadam.
  • Peta adalah satu dokumen penting, hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat yang selamat.

10. Isyarat sulit Pengakap


11. Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.

D. KECENDERUNGAN DAN MINAT

1. Kraftangan

2. Plaster cast

3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan

1. Balutan anduh

JENIS BALUTAN ANDUH
  • PEMBALUT CINCIN


- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
- Diperbuat daripada pembalut tirus.
- Digunakan untuk menutup luka.
  • ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN



- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
- bucu atas kain anduh di atas tangan. 
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
  •  ANDUH BESAR  / ANDUH LENGAN

- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam    supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBUAT ANDUH
  • ANDUH LENGAN.

- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam      untuk lebih kemas.
  • ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu      atas kain anduh di atas kaki/tangan. 
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di              gambarajah di bawah.
- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kakiyang mesti    di balut. 
  • BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

  • BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

  • BALUTAN LUKA BAHU

  • BALUTAN LUKA SIKU

  • BALUTAN LUKA PEHA

  • BALUTAN LUKA LUTUT

  • BALUTAN LUKA KEPALA




Nota : Semua balutan menggunakan simpul buku sila

2. Tindakan kecemasan

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doktor.

Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

Dalam memenuhi keperluan Lencana Usaha, pengakap dikehendaki tahu bagaimana menghadapi kemalangan seperti terbakar, luka, disengat binatang, dan pengsan atau pitam. Mereka harus tahu tanda, punca atau penyebab dan yang paling penting rawatannya.

Nota : 1 latihan khas yang dikendalikan oleh orang yang bertauliah akan dijalankan khusus untuk memberi latihan kepada ahli pengakap yang mahu mengambil ujian lencana usaha

3. Memandu orang

Satu lagi bahagian penting dalam bab tentang perkhidmatan ialah kebolehan dan keupayaan pengakap menunjukkan jalan-jalan yang terdapat di daerahnya bagi menentukan kedudukan sesebuah bangunan atau tempat-tempat penting di daerah anda. Dengan mengetahui nama dan kedudukan jalan-jalan di daerah anda akan membantu atau memudahkan anda untuk menunjukkan sesuatu jalan terutamanya kepada mereka yang bukan dari daerah itu, atau orang yang baru datang.
        
Bagi memudahkan pemahaman anda, anda boleh menyenaraikan jalan-jalan yang terdapat di daerah anda, berserta petanda jalan yang berdekatan. Adalah lebih baik jika anda tahu atau faham akan kedudukan jalan-jalan, terutamanya jalan-jalan utama. Ini akan memudahkan anda jika ada rakan-rakan atau orang bertanyakan tentangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...