Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Sunday, October 3, 2021

Tanda awal kejadian kepala air.

Sebagai seorang ahli pengakap, aktiviti perkhemahan memang menjadi aktiviti wajib dan menjadi salah satu yang akan di uji jika sedang mengambil ujian kenaikan lencana. Jika dahulu perkhemahan sering di adakan di kawasan hutan atau tepi sungai lebih-lebih lagi kawasan air terjun. 

Aktiviti perkhemahan memang menyeronokan. Lebih-lebih lagi jika berkhemah di kawasan yang cantik seperti kawasan air terjun. Namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu juga di ambil bagi memastikan keselamatan sepanjang perkhemahan. Lebih-lebih lagi ketikaberkhemah di musim hujan. kerana kawasan-kawasan seperti sungai dan air terjun sering berlaku bencana kepala air yang berbahaya.

Kejadian kepala air boleh berlaku secara tiba-tiba dan boleh membahayakan nyawa sipa sahaja.Namun begitu kita dapat bersedia untuk mengambil langkah-langkah berjaga jika kita tahu tanda-tanda awal kejadian kepala air.. ini penting bagi menyelamatkan nyawa. berikut saya akan senaraikan beberapa tanda-tanda awal akan berlaku kejadian kepala air.

1.    Perhatikan langit di kawasan hulu sungai.

Perhatiakan keadaan cuaca di kawasan hulu sungai jika keadaan awan yang gelap dan terdapat tanda-tanda hujan sedang turun seperti langit yang gelapdi sertai dengan bunyi guruh yang kuat keberengaklian berlakunya fenomena kepala air adalah tinggi maka segeralah menjauhi kawasan tepi ungai kekawasan yang lebih selamat.

2.    Terdapat bunyi dentuman yang kuat dan berlaku pergerakan batu dari kawasan hulu.

Ketika berkhemah jangan leka untuk memerhatikan kawasan sungai. Jika tiba-tiba berlaku bergerakan baru yang banyak dari hulu sungai. Perhatikan juga juka sungai tiba-tiba banyak berbuih dan juga terdapat kelodak seperti daun reput dan ranting kayuatau air sungai tiba-tiba menjadi keruh maka segeralah pergi ketempat yang selamat.

3.    Siren amaran berbunyi.

 Namun begitu bukan semua kawasan terdapat sistem awaran awal. Hanay di beberapa kawasan rekriasi yang telah di lengkapi dengan sistem amaran awal kejadian bencana ni.

4,    Perubahan paras dan arus air sungai.

Fenomena kepala air terjadi dengan pantas dan disertai dengan kenaikan paras air yang amat pantas disertai arus deras yang mengancam nyawa jika lambat untuk bertindak. Jika berlaku peningkatan paras air sungai yang mendadak atau arus sungai tiba-tiba menjadi deras maka jangan bertanguh lagi segeralah keluar dari sungai dan pergi kekawasan yang lebih tinggi.

5.    Peka dengan perubahan cuaca.

Fenomena kepala air biasanya berlaku disebabkan hujan lebat yang berlaku. kerana itulah setiap pemimpin dan ahli pengakap harus peka jika berlaku perubahan cuaca. Jika berlaku keadaan hujan lebat sebaiknya hentikanlah dahulu segala aktiviti air kerana ia berpotensi berlaku fenomena kepala air.

Dengan keadaan pandamik covid 19 yang semakin yang semakin pulih kerana kadar vaksinasi yang semakin tinggi diharapkan semua aktiviti pengakap dapat dijalankan semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...