Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Monday, January 20, 2020

Ujian Sikap Pengakap Raja


Setelah melengkapkan buku log serta sijil ujian yang sudah di lalui. Ahli pengakap remaja hendaklah mengikuti satu ujian sikap sebelum di hantar mengikuti ujian pengakap raja. Dalam ujian sikap ini kemahiran pengakap remaja itu akan sekali lagi di uji bagi betul memastikan yang pegakap tersebut benar-benar layak mengikuti ujian pengakap Raja. 

Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu : -


A. BERTANGGUNGJAWAB

Telah mencapai darjah tertinggi dalam hal pertolongan cemas dan latihan kecemasan yang lain.

1. Telah memperolehi Sijil Intermediate Pertolongan Cemas St. John Ambulans atau PBSM, ATAU telah memperolehi "Bronze Cross" pertubuhan Penyelamat Nyawa atau badan yang lain.

2. Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam pertolongan cemas peringkat Sijil Asas Pertolongan Cemas St. John Ambulans ATAU PBSM.

ATAU

3. Membuktikan bahawa dia telah melatih patrolnya dalam latihan menyelamat peringkat 'Bronze Medallion'-Pertubuhan Penyelamat Nyawa dan badan yang lain.


B. KHIDMAT MASYARAKAT

Mengambil bahagian kerja amal biasa yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam di luar masa kerja pengakap.

Jumlah masa perkhidmatan selama 24 jam itu dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan. Kerja amal yang dilakukan untuk mendapat lencana terdahulu tidak dikira. Rekod yang lengkap menunjukkan kerja amal dikehendaki.


C. BERDIKARI

Menghadiri dan menyelesaikan Perkhemahan Ujian Sikap tidak kurang dari 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Pasukan Latihan Daerah/Negeri. Mereka akan menjalani ujian dan penilaian yang berkaitan dengan pencapaian sikap kendiri seperti yang berikut:

1. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam.

2. melawati tempat-tempat bersejarah.

3. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan.

4. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap.


D. KEGIATAN

1. Mencapai darjah yang tinggi dalam mana-mana satu kegiatan berikut dan membuktikan bahawa telah mengajar patrolnya dalam kegiatan itu supaya mencapai darjah yang sama : arkeologi, berlakon, radio amatur, berperahu, ukir-mengukir, pemeliharaan, tukang kayu, pengurusan, makanan, kajian luar, tarian kebudayaan, mengail, kaji bumi, gimnastik, berakit, melukis dan merakam pita atau lain-lain kegiatan.

2. Menunjukkan bahawa dia telah membantu dengan memuaskan di suatu tapak perkhemahan tetap tidak kurang daripada enam malam

3.1 Menanam dengan jayanya bagi tempoh selama 3 bulan sebidang tanah yang luasnya tidak kurang 50 meter persegi dengan 6 jenis sayuran atau pokok bunga daripada biji benih atau keratan ranting.

ATAU

3.2 Mengenali 12 jenis pokok/pokok buahan tempatan dan menanam 3 jenis pokok/pokok bunga dalam pasu

ATAU

3.3 Memelihara dengan jayanya dalam tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya 12 ekor ayam atau burung.

ATAU

3.4 Memelihara seekor binatang peliharaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan

ATAU

3.5 Memelihara 50 ekor ikan di dalam kolam atau menyelengarakan sebuah akuarium tidak kurang 1 meter persegi dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
contoh sijil pengakap raja yang di tandatangani oleh semua raja-raja Melayu di Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...