Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Sunday, January 12, 2020

Rambu pengakap Remaja


Rambu pengakap Remaja adalah berwarna kuning dan dipakai sebagai tali wisel. Pengakap yang sudah anugerah Rambu pengakap Remaja ini merupakan seorang ahli Pengakap yang sudah melengkapkan semua siri ujian dalam skim Pengakap Remaja dan ia layak d calonkan untuk mengikuti ujian Pengakap Raja setelah ia melengkapkan semua syarat-syarat untuk menjadi pengakap raja.

Seorang Pengakap Remaja setelah mendapat kesemua 5 Lencana Tertinggi (maksimum 1 lencana dalam masa 1 bulan) boleh dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN), dengan syarat-syarat berikut :


1. Lulus semua ujian Lencana Tertinggi sekurang-kurangnya 2 bulan selepas.

2. Menunjukkan Sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.

3. Mengamalkan prinsip Pengakap.

4. Berkelakuan baik dan disegani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...