Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Sunday, October 3, 2021

Tanda awal kejadian kepala air.

Sebagai seorang ahli pengakap, aktiviti perkhemahan memang menjadi aktiviti wajib dan menjadi salah satu yang akan di uji jika sedang mengambil ujian kenaikan lencana. Jika dahulu perkhemahan sering di adakan di kawasan hutan atau tepi sungai lebih-lebih lagi kawasan air terjun. 

Aktiviti perkhemahan memang menyeronokan. Lebih-lebih lagi jika berkhemah di kawasan yang cantik seperti kawasan air terjun. Namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu juga di ambil bagi memastikan keselamatan sepanjang perkhemahan. Lebih-lebih lagi ketikaberkhemah di musim hujan. kerana kawasan-kawasan seperti sungai dan air terjun sering berlaku bencana kepala air yang berbahaya.

Kejadian kepala air boleh berlaku secara tiba-tiba dan boleh membahayakan nyawa sipa sahaja.Namun begitu kita dapat bersedia untuk mengambil langkah-langkah berjaga jika kita tahu tanda-tanda awal kejadian kepala air.. ini penting bagi menyelamatkan nyawa. berikut saya akan senaraikan beberapa tanda-tanda awal akan berlaku kejadian kepala air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...