Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Tuesday, October 1, 2019

AKTIVITI LENCANA PERKHIDMATAN


Salah satu syarat  untuy mendapatkan lencana Perkhidmatan ialah melakukan khidmat masyarakat seperti bergotong royong dan sebagainya. Untuk itu PPMCS Beaufort 2 telah manjalakan satu aktiviti iaitu ekspidisi bukit bendera sambil melakukan kerja-kerja mengutip sampah sepanjang perjalanan menuju puncak. Ekspidisi kali ini di ketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap daerah Beaufort 2 iaitu skiper Awang Tangah Abdl Gapar di bantu oleh 3 orang penolong pesuruhjaya daerah beaufort 2.

sesi taklimat oleh ketua ekspidisi
peta perjalanan menuju puncak
Ekspidisi yang di sertai oleh 23 orang Pengakap bermula tepat jam 7.30 pagi. Setiap peserta di bekalkan dengan 1 beg sampah dan di beri tugasan untuk mengutip sampah sepanjang laluan menuju puncak.



Bukit bendera Beaufort merupakan salah satu destinasi hiking yang popular di daerah beaufort. Sepanjang perjalanan menuju puncak sejauh 1399 m bakal menawarkan cabaran dan pemandangan alam sekitar yang masih asli.
skp Awang Tengah pesuruhjaya daerah dan skp Ibrahim Penolong pesuruhjaya Daerah turut sama memungut sampah bersama peserta.

Bila berada di puncak kita akan dapat melihat pemandangan seluruh kawasan daerah beaqufort dan puncak jika keadaan cuaca mengizinkan kita akan dapat melihat hingga ke Kuala Penyu dan Sipitang.

Sebenarnya Puncak Bukit bendera bukan lah asing bagi ahli Pengakap di daerah beaufort. Sebelum kawasan ini di jadikan pusat riadah ahli-ahli Pengakap daerah beaufort sudahg sering menjadikan kawasan Bukit Bendera sebagai tempat untuk berkhemah terutama d kawasan air terjun Bukit Bendera.

Untuk itu semua peserta yang terlibat disarankan untuyk meniapkan laporan mengenai aktiviti ini dalam buku log masing-masing untuk di semak oleh pemimpin masing-masing bagi membolekan anda memakai lencana Perkhidmatan bila anda melengkapkan tugasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...