Salam Pengakap

Blog ini hanyalah bertujuan untuk memudahkan pemimpin Pengakap di peringkat kumpulan dalam daerah beaufort 2 untuk menjalankan skim latihan bagi membantu ahli pengakap untuk mendapatkan lencana dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kepengakapan. Pemimpin Pengakap adalah digalakan mendapatkan bantuan dari bahagian Latihan Daerah dalam memastikan setiap ujian yang dijalankan mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan sijil dapat dikeluarkan.


terima kasih

Saturday, December 21, 2019

Lencana Jaya Diri


Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini. 

Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

Tuesday, October 1, 2019

AKTIVITI LENCANA PERKHIDMATAN


Salah satu syarat  untuy mendapatkan lencana Perkhidmatan ialah melakukan khidmat masyarakat seperti bergotong royong dan sebagainya. Untuk itu PPMCS Beaufort 2 telah manjalakan satu aktiviti iaitu ekspidisi bukit bendera sambil melakukan kerja-kerja mengutip sampah sepanjang perjalanan menuju puncak. Ekspidisi kali ini di ketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap daerah Beaufort 2 iaitu skiper Awang Tangah Abdl Gapar di bantu oleh 3 orang penolong pesuruhjaya daerah beaufort 2.

Monday, April 8, 2019

Lencana Perkhidmatan

Image result for lencana perkhidmatan

Setelah memperolehi Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan.

Sunday, March 31, 2019

Lencana Pengetahuan

LENCANA PENGETAHUAN

Image result for lencana pengetahuan

Setelah lulus lencana Maju, seseorang ahli Pengakap boleh mengambil ujian untuk lencana Pengetahuan Ujian ini adalah kesinambungan bagi lencana Maju dan lencana Ahli berkhemah adalah Wajib. Untuk lulus Lencana Ahli Berkhemah ahli Pengakap hendaklah berjaya mengikuti satu program perkhemahan yang dianjurkan.

Friday, March 29, 2019

Lencana Kegemaran

LENCANA KEGEMARAN

Image result for lencana kegemaran pengakap muda
Setelah lulus lencana Usaha, Pengakap Muda hendaklah memilih dua (2) lencana kegemaran daripada 11 jenis ujian yang di sediakan. Lencana kegemaran ini mengikut minat dan kegemaran ahli Pengakap tersebut. 

Ujian lencana kegemaran ialah : 

Wednesday, March 27, 2019

LENCANA JAYA

Image result for skim latihan lencana JAYA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju(TIGA Lencana Kemahiran dan TIGA Lencana Perkhidmatan) terdahulu.

LENCANA MAJU



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya.


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran.

Monday, March 25, 2019

Lencana Usaha

LENCANA USAHA

Setelah lulus ujian lencana Keahlian, seseorang ahli Pengakap boleh mengambil ujian Lencana Usaha bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepengakapan.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

Lencana Keahlian


Untuk lulus lencana Keahlian, ahli pengakap perlulah lulus ujian berikut :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...